Kerjaya antarabangsa Ismaël_Bennacer

Walaupun beliau telah mewakili Perancis di peringkat remaja, namun pada 31 Julai 2016, Persekutuan Bola Sepak Algeria mengumumkan bahawa Bennacer telah memilih untuk memberikan khidmat kepada pasukan kebangsaan Algeria di peringkat antarabangsa. Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan kebangsaan Algeria dalam perlawanan kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2017 ketika Algeria meraih kemenangan 6-0 ke atas Lesotho.

Pada 11 Januari 2017, Bennacer telah dipanggil oleh skuad Algeria untuk menghadapi kejohanan Piala Negara-Negara Afrika 2017[11] untuk menggantikan Saphir Taïder yang telah mengalami kecederaan ketika sesi latihan.

Dalam kejohanan Piala Negara-Negara Afrika 2019, Bennacer membantu Algeria untuk meraih kejuaraan tersebut buat kali pertama dalam masa 29 tahun dan menamatkan aksi kejohanan sebagai pembantu jaringan terbanyak bersama dengan Franck Kessié iaitu tiga jaringan. Salah satunya ialah ketika beliau membuat hantaran kepada Baghdad Bounedjah untuk menjaringkan gol kemenangan ketika menumpaskan Senegal dalam aksi final pada 19 Julai.[12][13][14] Beliau seterusnya telah diundi sebagai Pemain Muda Terbaik dan Pemain Terbaik Kejohanan.[15][16][17]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Ismaël_Bennacer http://www.arsenal.com/news/news-archive/20170131/... http://www.premierleague.com/en-gb/players/profile... http://www.soccerbase.com/players_details.sd?playe... http://www.soccerway.com/players/ismael-bennacer/3... http://metro.co.uk/2017/01/11/arsenal-midfielder-i... https://www.acmilan.com/en/news/media/2019-08-04/i... https://www.acmilan.com/en/news/stats/2019-08-06/f... https://www.bbc.com/sport/live/football/49048899 https://images.cafonline.com/image/upload/caf-prd/... https://www.espn.com/soccer/african-nations-cup/st...